Hujan Lebat, Ribut Petir Ketika Ini Dijangka Berterusan Hingga November

Kejadian hujan lebat, ribut petir dan angin kencang ketika ini berlaku susulan daripada fasa peralihan monsun yang bermula sejak Selasa lalu, dan dijangka akan berterusan sehingga November depan.

hujan lebat, ribut petir ketika ini dijangka berterusan hingga november

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 15 Mei lalu.

 

"Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," demikian menurut kenyataan METMalaysia.

 

Ekoran itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan peka dengan ramalan serta amaran cuaca yang dikeluarkan.

hujan lebat, ribut petir ketika ini dijangka berterusan hingga november

Sumber: METMalaysia