Purata Harga Hotel Di Singapura Termahal Di Asia Tenggara

Adakah anda gemar untuk menginap di hotel? Berapakah harga untuk setiap penginapan anda?

 

Tahukah anda, secara puratanya harga bilik hotel di Singapura dilaporkan antara yang termahal di Asia Tenggara?

purata harga hotel di singapura termahal di asia tenggara

Menurut data oleh Lembaga Pelancongan Singapura, purata caj bilik untuk satu malam di Singapura kini mencecah S$259 (kira-kira RM830), dengan peningkatan hampir 70 peratus sejak September 2012.

 

Jumlah itu semakin meningkat sejak sekatan kemasukan ke negara itu dilonggarkan.

purata harga hotel di singapura termahal di asia tenggara

Meskipun begitu, harga hotel mewah di Asia Tenggara masih lagi murah berbanding dengan negara maju lain. Misalnya, harga penginapan hotel lima bintang di Singapura adalah sekitar S$344 (RM1,100) semalam, berbanding S$387 (RM1,240) di Hong Kong; S$522 (RM1,670) di Tokyo; dan S$584 (RM1870) di London.

 

Sejak Jun lalu, jumlah kemasukan pelawat ke Singapura semakin meningkat dan ia dijangka terus meningkat apabila Singapura menjadi tuan rumah kepada banyak lagi acara antarabangsa.

 

Singapura turut mencatatkan kemasukan pelawat paling tinggi berbanding negara jirannya seperti Indonesia, Malaysia dan Filipina.

 

Sumber: Astro AWANI