Satu-Satunya Di Malaysia, Hotel Crockfords Di Genting Kekal Taraf 5 Bintang Forbes Travel Guide

Merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima anugerah 5 Bintang paling cemerlang di dunia oleh Forbes Travel Guide, Hotel Crockfords di Resorts World Genting (RWG) terus cemerlang untuk lima tahun berturut-turut.

satu-satunya di malaysia, hotel crockfords di genting kekal taraf 5 bintang forbes travel guide

Hotel Crockfords merupakan satu daripada antara 360 hotel di seluruh dunia yang dianugerahkan dengan penghormatan ini. Penghargaan yang sangat diidamkan ini mengesahkan kedudukan Hotel Crockfords sebagai hotel yang memberikan kemewahan dan pengalaman yang tiada bandingnya kepada para tetamu.

 

Tahun ini, Anugerah Bintang Forbes Travel Guide menyenaraikan 1,376 hotel dari seluruh dunia. Selain Hotel Crockfords, hotel lain dibawah RWG yang turut tersenarai ialah Hotel Genting Grand dengan 4 Bintang Forbes dan Hotel Highlands sebagai hotel yang disyorkan Forbes. Ini adalah merupakan tahun ke enam kedua-dua hotel ini mengekalkan pengiktirafan masing-masing.

satu-satunya di malaysia, hotel crockfords di genting kekal taraf 5 bintang forbes travel guide

Forbes Travel Guide (FTG) adalah satu-satunya sistem penarafan global yang terkenal untuk hotel-hotel mewah, restoran dan spa, dan diiktiraf kerana mewujudkan konsep perkhidmatan 5 Bintang. Dinilai dengan teliti mengikut 900 piawaian yang tepat oleh pakar pemeriksa FTG, hotel mestilah menawarkan perkhidmatan yang luar biasa kepada tetamu untuk melayakkan mereka mendapat penarafan 5 Bintang ini. Antara kriteria tersebut adalah memastikan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa sempurna dan terbaik dengan sentuhan peribadi dan terperinci. Ternyata, Hotel Crockfords mampu memberikan kecemerlangan perkhidmatan yang terbaik melangkaui jangkaan para tetamu.

 

Hotel Crockfords yang terletak di puncak tanah tinggi yang sejuk di tengah-tengah cahaya terang hab hospitaliti dan hiburan yang terkenal iaitu Resorts World Genting, ialah permata tersembunyi paling megah di Malaysia.

Hotel ini menawarkan pemandangan indah hutan hujan di sekelilingnya dan landskap pergunungan di semua 177 bilik yang terdiri dari 3 Villa, 19 Suite Signature yang menampilkan tiga tema unik, 13 Suite Junior, 111 Bilik Superior dan 31 Bilik Premier. Semua suite di Hotel Crockfords mempunyai mandian wap peribadi di dalam bilik dan lekapan tandas marmar Greek Calacatta yang mewah, direka khusus untuk Crockfords. Teknologi terkini juga dilengkapkan di dalam setiap bilik untuk memastikan kemudahan dan keselesaan dengan hanya satu sentuhan butang.

 

Hotel mewah ini juga terkenal dengan hidangan Nasi Lemak Udang Karang yang istimewa dan Set Deluxe Dim sum serta mempunyai Suite Hiburan yang lengkap dengan kemudahan hiburan untuk acara peribadi atau sesi karaoke.

satu-satunya di malaysia, hotel crockfords di genting kekal taraf 5 bintang forbes travel guide

Apa yang membezakan Hotel Crockfords daripada hotel lain ialah layanan profesional yang bertaraf dunia, tersendiri dan sempurna yang tiada bandingannya. Hotel Crockfords menjanjikan perkhidmatan terbaik dengan sentuhan peribadi oleh kakitangan terlatih yang berpengalaman mengikut keperluan dan keutamaan tetamu.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Hotel Crockfords dan perkembangan terkini di Resorts World Genting, sila lawati laman web rwgenting.com dan/atau platform media sosial rasmi Resort World Genting.