Kes Makin Tinggi, Hong Kong Mungkin Laksana Perintah Berkurung

Ekoran daripada kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi, Hong Kong dikatakan mungkin melaksanakan perintah berkurung keatas 7.4 juta penduduknya.

kes makin tinggi, hong kong mungkin laksana perintah berkurung

Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam yang sebelum ini menolak perintah berkurung telah mengarahkan penduduknya menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mengawal penularan.

 

Dalam juga memastikan strategi sifar COVID-19 di wilayah itu tercapai, cadangan untuk melaksanakan perintah berkurung kini sedang dipertimbang semula.

“Bagi memastikan jumlah jangkitan tidak terus bertambah, penduduk dinasihatkan supaya duduk di rumah dan mengurangkan pergerakan sekiranya tiada keperluan penting,” kata Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Sophia Chan.

 

Hong Kong sebelum ini hanya merekodkan 12,000 kes sejak pandemik bermula, telah mengumumkan 26,000 kes jangkitan baru dan 83 kematian baru-baru ini.

 

Sumber: [1]