Kongsi Foto Dan Video Mangsa Tragedi Nahas Pesawat di Elmina Boleh Kena Tindakan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyeru orang ramai agar tidak berkongsikan foto atau video memaparkan mangsa tragedi nahas pesawat di Elmina, petang semalam.

kongsi foto dan video mangsa tragedi nahas pesawat di elmina boleh kena tindakan

MCMC dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan menghormati dan menunjukkan empati yang tinggi.

 

Menurutnya, tindakan berkongsi foto atau video yang jelas memaparkan mangsa tragedi itu bukan sahaja menyinggung perasaan keluarga mangsa, malah melanggar prinsip serta etika paling asas.

 

“Adalah penting untuk semua individu untuk membuat pertimbangan sewajarnya dengan menurunkan gambar mangsa tragedi dan tidak menyebar atau berkongsi lanjut kandungan berkenaan.

“Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

kongsi foto dan video mangsa tragedi nahas pesawat di elmina boleh kena tindakan

MCMC dalam pada itu turut menzahirkan rasa dukacita dan simpati pada keluarga mangsa tragedi berkenaan.

 

Terdahulu, 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada jam 2.40 petang semalam telah disahkan pihak polis.

 

Sumber: MCMC