Henti Di Lampu Isyarat, Kena Masuk Gear N atau D? Ini Penjelasan Anda Perlu Tahu

Buat anda yang memandu kenderaan, sudah pasti anda akan berhadapan dengan keadaan trafik berbeza seperti berada di lampu isyarat, keluar dari simpang yang sibuk atau juga berada dalam kesesakan jalan raya.

henti di lampu isyarat, kena masuk gear n atau d? ini penjelasan anda perlu tahu

Dan pada anda yang memandu kenderaan transmisi automatik, satu persoalan timbul iaitu perlukah anda menukar pada gear Neutral (N) atau kekalkan sahaja pada gear D?

 

Memetik laporan dari portal Motoqar, kenderaan sama ada kereta jenis auto mahupun manual seperti kereta mempunyai sistem pacuan drivetrain seperti enjin, klac (clutch), transmisi dan roda (tayar dan rim).

henti di lampu isyarat, kena masuk gear n atau d? ini penjelasan anda perlu tahu

Jika seseorang pemandu itu berada dalam keadaan berhenti, kita perlu tahu dahulu berapa lama kita akan berhenti. Jika untuk sekejap sahaja, memadai untuk kekal dalam gear D. Jika berhenti terlalu lama, adalah wajar ditukar kepada gear N.

 

Tiada masalah untuk pemilik kenderaan jenis automatik untuk membiar kereta mereka dalam gear D semasa berhenti terlalu lama sekalipun, kerana ia tidak menyebabkan brake pad menjadi haus.

 

Ketika berhenti, brake pad kereta hanya ‘memegang’ kereta dalam keadaan pegun dan tiada geseran yang berlaku pada brake pad, maka tiada isu ia menjadi haus walau dibiar dalam gear D untuk tempoh masa lama.

henti di lampu isyarat, kena masuk gear n atau d? ini penjelasan anda perlu tahu

Cuma apabila berhenti dalam gear D, enjin tetap berpusing dan ini memberi geseran kepada clutch. Ia menyebabkan kereta jenis automatik akan bergerak perlahan ke hadapan apabila masuk gear dan brek dilepaskan. Namun, geseran klac ini sangat kecil dan hampir boleh diendahkan.

 

Namun jika anda rajin menukar kepada gear N ketika berhenti, ia masih tidak menjadi masalah kerana tiada isu tombol gear cepat rosak atau haus kerana ia bukanlah komponen kritikal.

 

Sumber: Motoqar