Apa Cerita? Heboh BCL & Arieh Noah Dilihat 'Fitting' Baju Sedondon Bersama

Nama Ariel Noah sering dikaitkan dengan penyanyi jelita Indonesia, Bunga Citra Lestari.

apa cerita? heboh bcl & arieh noah dilihat 'fitting' baju sedondon bersama

Manakan tidak, kedua-dua mereka berkongsi hubungan yang rapat serta selalu dilihat tampil bersama.

Baru-baru ini, heboh dalam kalangan pengikut arena hiburan Indonesia yang mana kedua-dua penyanyi ternama itu dilihat mengukur pakaian bersama pereka fesyen negara tersebut, iaitu Samuel Wongso.

Momen tersebut dapat disaksikan menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik Samuel menerusi Instagram peribadinya.

Bagaimanapun, Samuel tidak menjelaskan tujuan mereka mengukur pakaian. Beliau hanya memberi ‘hint’ bahawa akan ada sesuatu istimewa yang akan berlaku dalam masa terdekat.

“Sesuatu yang baik akan datang tidak tiba lagi,” tulis Samuel.

Rata-ratanya, ramai netizen menjadi tertanya-tanya tentang kedua-dua penyanyi itu. 

Ada yang membuat spekulasi bahawa mereka akan mengadakan acara istimewa seperti perkahwinan. Ada juga yang memaklumkan bahawa Ariel dan BCL mengukur pakaian untuk konsert akan datang mereka di Singapura.

 

Sumber: Insertlive