Aktor terkenal, Song Joong-ki mengesahkan hatinya kini dimiliki seorang wanita bertuah.
Menurut agensinya, HighZium Studio, Joong-ki kini sedang bercinta dengan seorang wanita British, yang juga merupakan guru bahasa Inggeris peribadinya.
Perkara itu menepis khabar angin kononnya Joong-ki bercinta dengan pelakon Kim Tae-ri.
Wanita British itu yang dikenali sebagai Katy Louise Saunders, juga pernah memegang watak dalam filem seperti Los Borgia (2006), Third Person (2013) dan The Lizzie McGuire Movie (2003).
Hubungan mereka mula dihidu peminat selepas melihat mereka bersama ketika di lapangan terbang ketika Joong-ki baru pulang dari Singapura.
Pihak agensi bagaimanapun meminta agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi berasas kerana hanya mereka yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi.
Terdahulu, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016). Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019 dan hasil perkahwinan, pasangan itu tidak dikurniakan anak.
Sumber: Kosmo!, Facebook ERA