Polis Nasihat Hati-Hati Dengan Penipuan Kutipan Derma Gaza. Ini Cara Check Scammer!

Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memberi derma terutamanya ketika isu berkaitan peperangan di Gaza ketika ini untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

polis nasihat hati-hati dengan penipuan kutipan derma gaza. ini cara check scammer!

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, orang ramai dinasihatkan untuk membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang derma kepada mana-mana pihak.

 

"Mereka akan menggunakan rasa simpati kita untuk membuat penipuan dan tidak tahu di mana wang itu disalurkan.

"Jadi jika betul hendak menderma salurkan ke tabung disediakan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar kerana tidak salah kita membuat semakan dulu," katanya.

 

Bagaimanapun buat masa ini pihaknya belum menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan sindiket penipuan derma dan meminta orang ramai tampil melaporkan jika ada.

 

Cara Semak Akaun Scammer

 

Sebelum membuat sebarang sumbangan, anda dinasihatkan untuk membuat semakan menerusi portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di https://semakmule.rmp.gov.my/.

polis nasihat hati-hati dengan penipuan kutipan derma gaza. ini cara check scammer!

Pengguna boleh memasukkan nombor akaun bank atau nombor telefon pihak yang meminta derma, sebelum maklumat berkaitannya akan terpampang di skrin. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa kepada sindiket penipuan atas talian.

 

Sumber: HMetro / JSJK PDRM