MCMC Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Bila Download ‘WhatsApp Pink’

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai untuk berwaspada apabila memuat turun aplikasi yang diberi nama ‘WhatsApp Pink.’

mcmc nasihat orang ramai berhati-hati bila download ‘whatsapp pink’

Menurutnya, aplikasi tersebut dikatakan menawarkan ciri keselamatan serta privasi lebih baik, interface yang boleh diubahsuai dan boleh menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang biasa digunakan.

mcmc nasihat orang ramai berhati-hati bila download ‘whatsapp pink’

"Bagaimanapun, selepas pemasangan, aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

"Para pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada WhatsApp yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi baharu tersebut.

"MCMC menasihatkan pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi 'Pink WhatsApp' tersebut, dan segera membuang aplikasi berkenaan sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka," jelas MCMC dalam kenyataan itu.

 

MCMC dalam pada lain menasihatkan pengguna untuk memuat turun aplikasi dari gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

mcmc nasihat orang ramai berhati-hati bila download ‘whatsapp pink’

Sumber: Facebook MCMC