Hanya Penerima Vaksin Sahaja Boleh Guna Kemudahan Bandar

Bagi menggalakkan lebih ramai menerima suntikan vaksin COVID-19, bandar New York kini menetapkan syarat perlu menunjukkan bukti telah menerima sekurangnya satu suntikan vaksin jika ingin masuk mana-mana premis tertutup di ibukota itu.

hanya penerima vaksin sahaja boleh guna kemudahan bandar

Langkah ini secara tidak langsung dapat mengekang penularan wabak COVID-19 dengan menghalang individu yang tidak divaksin daripada kawasan awam.

 

Datuk Bandar, Bill de Balsio, sebelum ini telah  membenarkan mereka yang telah divaksin untuk mendapatkan kemudahan bandar seperti restoran, bar, gim, pertunjukan awam, muzium dan tempat-tempat lain. Bagaimanapun, langkah itu penuh dengan komplikasi kerana ini menyebabkan pelayan restoran, pelayan bar dan agen tiket menjadi penguat kuasa utama untuk peraturan vaksinasi.

hanya penerima vaksin sahaja boleh guna kemudahan bandar

Justeru, pemilik restoran dan bar kini mengetatkan pengawalan virus di pintu masuk premis mereka kerana enggan terhimpit dengan kemelesetan ekonomi atau kehilangan perniagaan.

 

Peraturan baharu New York ini telah dikuatkuasa pada Selasa dan mana-mana perniagaan yang ingkar akan didenda mulai 13 September depan.

 

Sekurang-kurangnya 5.2 daripada 8.8 juta penduduk di New York telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan hampir 5 juta telah terima dos lengkap.

Sejak New Nork membuat pengumuman itu, San Francisco dan New Orleans dilihat mengikut langkah yang sama dengan menghalang mereka yang tidak divaksinasi daripada beberapa perniagaan. Los Angeles sedang mempertimbangkan langkah serupa.

 

Sumber: Astro AWANI