Skim Perubatan Madani, Hanya Bawa IC Ke Klinik Terpilih. Ini 12 Info Perlu Anda Tahu

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis yang diwujudkan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan Kerajaan.

skim perubatan madani, hanya bawa ic ke klinik terpilih. ini 12 info perlu anda tahu

Skim ini akan menampung keperluan kesihatan golongan B40 untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) daripada pengamal perubatan swasta umum (GP) yang berdaftar, yang sudah mula dimanfaat sejak 15 Jun 2023.

 

Menerusi skim ini, manfaat peruntukan rawatan percuma sehingga RM250 bagi isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas tanpa pasangan dan RM75 bagi golongan bujang dapat diperolehi.

 

Antara contoh perkhidmatan rawatan pesakit luar kes-kes akut yang boleh dinikmati penerima Skim Perubatan Madani adalah seperti demam, selesema, cirit-birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, dan juga trauma ringan serta lain-lain.

 

Siapa yang layak?

1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

2. Tidak menerima mana-mana manfaat yang seumpama Skim ini daripada mana-mana skim majikan, Kerajaan Negeri dan agensi perubatan lain.

skim perubatan madani, hanya bawa ic ke klinik terpilih. ini 12 info perlu anda tahu

Berikut adalah 12 info berkaitan Skim Perubatan Madani yang perlu anda tahu:

 

1. Inisiatif tersebut merupakan program perantis yang diadakan di 10 buah daerah.

2. Ia melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

3. Skim tersebut bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40, terutama dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut iaitu rawatan pesakit luar kes-kes akut di premis pengamal perubatan swasta umum (GP).

4. Skim itu ditawarkan secara automatik kepada penerima STR.

5. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di Pengamal Perubatan Am Swasta (GP) kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan.

6. Penerima boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah telah habis.

7. Peruntukan bagi setiap isi rumah adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas tanpa pasangan dan RM75 bagi kategori bujang.

8. Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan skim itu merangkumi rawatan bagi demam selesema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi.

9. Pakej rawatan skim berkenaan tidak merangkumi rawatan bukan akut imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan penyakit tidak berjangkit (NCD), rawatan susulan ibu dan anak, perancangan keluarga, perkhidmatan rehabilitasi; serta permohonan ubat-ubatan dan suplemen tanpa konsultasi doktor.

10. Perkhidmatan kesihatan bagi keadaan bukan akut yang tidak ditawarkan Skim Perubatan Madani boleh didapati di Klinik Kesihatan (KK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

11. Fasa rintis skim berkenaan dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

12. Pra-pendaftaran adalah tidak diperlukan untuk menikmati manfaat Skim Perubatan Madani bagi penerima STR dan tanggungannya. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan semasa mendapat rawatan di GP yang berdaftar di bawah skim tersebut.

skim perubatan madani, hanya bawa ic ke klinik terpilih. ini 12 info perlu anda tahu

Maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan Madani termasuk semakan kelayakan dan senarai klinik panel boleh didapati di laman sesawang ProtectHealth, selaku pelaksana skim berkenaan iaitu di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau hubungi talian 03-8687 2525.

 

Sumber: Sinar Plus / Protech Health