Hampir Separuh Penumpang Pesawat Dari China Sah Positif COVID-19

Negara China kini sedang berdepan gelombang baharu penularan wabak COVID-19 selepas negara itu memberikan beberapa kelonggaran kepada rakyatnya.

 

Terbaharu, hampir separuh daripada penumpang dua pesawat dari China didapati positif COVID-19 selepas ujian pengesanan dibuat terhadap mereka.

hampir separuh penumpang pesawat dari china sah positif covid-19

Kejadian berlaku selepas pihak berkuasa Itali melakukan pemeriksaan kesihatan kepada semua pelancong yang tiba dari China baru-baru ini.

 

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, jika varian baharu dikesan, pihak berkuasa mungkin akan mengenakan sekatan lebih ketat ke atas pelancong khasnya daripada negara itu.

 

China sebelum ini merekodkan lonjakan kes wabak COVID-19 sejak mereka mengabaikan polisi sifar COVID-19.

hampir separuh penumpang pesawat dari china sah positif covid-19

Disebabkan lonjakan itu, banyak negara kini mula mengenakan sekatan dan langkah berjaga-jaga keatas kemasukan pelancong China.

 

Menurut laporan, kebanyakan penumpang dari China yang positif wabak itu tidak menunjukkan sebarang simptom. Lebih menakutkan, media tempatan turut melaporkan kebimbangan mereka mengenai varian baharu COVID-19 yang didakwa muncul di China.

 

Pun begitu, kadar vaksinasi yang meluas di Itali sedikit sebanyak dapat memberi perlindungan optimum kepada penduduknya.

 

Sumber: HMetro