Hampir Sejuta Rakyat Malaysia Tak Bertegur Dengan Jiran Dalam Sebulan – Kajian

Seramai 958,808 orang atau 6.5 peratus daripada 14.8 juta responden mengaku tidak pernah bertegur atau ada interaksi dengan jiran masing-masing dalam tempoh sebulan.

hampir sejuta rakyat malaysia tak bertegur dengan jiran dalam sebulan – kajian

Perkara itu didedahkan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, menerusi statistik yang telah diterbitkan melalui Banci Malaysia 2020: Kesejahteraan Penduduk (Hubungan Sosial).

 

“Rakyat Malaysia mempunyai kejiranan yang lebih baik apabila dua perlima (41.4 peratus) terlibat dalam interaksi bersemuka dengan jiran setiap hari, 41.5 peratus pula sekurang-kurangnya sekali seminggu dan 10.6 peratus sekurang-kurang­nya sekali sebulan.

“Namun begitu, 6.5 peratus responden mengaku tidak pernah berinteraksi dengan jiran dalam tempoh sebulan,” katanya.

hampir sejuta rakyat malaysia tak bertegur dengan jiran dalam sebulan – kajian

Tambahnya lagi, sebanyak 13.8 juta daripada 14.8 juta responden pula didapati terlibat dalam interaksi bersemuka dengan jiran dalam tempoh sebulan.

 

Katanya, kadar interaksi dengan jiran pada setiap hari adalah lebih tinggi di Kelantan, Sabah, Terengganu, Kedah, Sarawak dan Perlis. Manakala peratusan tertinggi untuk interaksi seminggu sekali dengan jiran adalah di Pulau Pinang, Melaka dan Putrajaya.

 

“Sementara itu, Pakan (98.0 peratus) dan Bukit Mabong (96.3 peratus) di Sarawak dan Tongod, Sabah (97.5 peratus) menonjol sebagai daerah yang paling mesra kerana kadar interaksi dengan jiran pada setiap hari yang tinggi,” ujarnya.

hampir sejuta rakyat malaysia tak bertegur dengan jiran dalam sebulan – kajian

Ujarnya lagi, golongan lelaki pula lebih ramai berinteraksi dengan jiran setiap hari iaitu 3.11 juta orang, sekali seminggu (3.12 juta orang) dan sekali sebulan (0.8 juta orang).

 

Bagaimanapun, golongan wanita iaitu 480,624 orang didapati lebih ramai berbanding lelaki (478,184 orang) yang tidak berinteraksi dengan jiran dalam sebulan.

 

Lihat data penuh seperti berikut:

hampir sejuta rakyat malaysia tak bertegur dengan jiran dalam sebulan – kajian

hampir sejuta rakyat malaysia tak bertegur dengan jiran dalam sebulan – kajian

Sumber: DOSM