Pemuda Hampir Patah Pinggang Lepas Cuba Gelongsor Bentuk Aneh

Seorang lelaki dilapor mengalami kecederaan parah selepas bermain permainan gelongsor air di sebuah taman tema, baru-baru ini.

pemuda hampir patah pinggang lepas cuba gelongsor bentuk aneh

Video yang dikongsikan pemilik Twitter @Heraloebss pada Jumaat lalu menunjukkan lelaki berkenaan sedang bermain gelongsor air bersama rakan-rakannya.

 

Namun, lelaki itu berdepan detik malang apabila melambung dan terhentak pada belakangnya terlebih dahulu ketika mendarat, sekaligus menyebabkan dia pengsan.

 

Ekoran kejadian, beberapa rakannya segera membantu dan membawa lelaki itu naik ke atas.

 

 

Kejadian dipercayai berlaku di luar negara dan video berkenaan dikongsi berserta peringatan untuk berjaga-jaga apabila melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

 

Melihat kepada ruang komen, rata-rata warganet mempersoalkan rupa bentuk gelongsor yang dilihat membahayakan pengguna.

 

Sehingga kini, belum dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku.

 

Sumber: Twitter