Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari New York University mendedahkan hampir 1 juta kematian berlaku di Amerika Syarikat disebabkan bahan-bahan kimia berbahaya terkandung dalam alat solekan.
Antara bahan yang berbahaya seperti phthalates, yang biasa digunakan dalam ratusan produk harian seperti mainan kanak-kanak, pakaian, alat solekan dan juga syampu, juga disebut sebagai “perencat hormon” yang boleh menjejaskan sistem endokrin seseorang.
Sistem endokrin membantu kita mengawal emosi, pertumbuhan dan pembangunan, fungsi organ, metabolisma dan juga pembiakan. Ia mengawal pengeluaran setiap hormon lain dalam badan.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Pollution, bahan berbahaya seperti toksin boleh masuk kedalam badan menyebabkan obesiti, diabetes dan sakit jantung.
Seramai 5,000 dewasa berusia 55 hingga 64 tahun yang menjadi responden dalam kajian tersebut menunjukkan kandungan phthalates dalam air kencing mereka lebih tinggi, menunjukkan kemungkinan penyakit berkaitan jantung.
"Penemuan kami menunjukkan bahawa peningkatan pendedahan phthalate dikaitkan dengan kematian awal, terutama disebabkan oleh penyakit jantung.
"Hingga kini, kami faham bahawa bahan kimia tersebut berkaitan dengan penyakit jantung, dan penyakit jantung adalah penyebab utama kematian, tetapi kami belum menyimpulkan bahan kimia tersebut mengakibatkan kematian," kata penulis utama kajian Leonardo Trasande.
Kajian lain yang pernah dijalankan sebelum ini juga menunjukkan phthalates menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun dengan pengurangan paras hormon testosterone pada golongan lelaki.
Sumber: [1]