Haiwan Dalam Zoo Ini Diberi Makan Aiskrim Berperisa Darah, Daging

Baru-baru ini, sebahagian daripada negara Brazil sedang mengalami kemarau teruk hingga suhu mencecah 50 darjah Celsius.

haiwan dalam zoo ini diberi makan aiskrim berperisa darah, daging

Disebabkan itu, kawasan pesisir pantai dipenuhi dengan penduduk tempatan yang mengambil peluang untuk menyejukkan diri masing-masing.

 

Ekoran cuaca panas itu, pihak zoo di negara itu telah mengambil pendekatan dengan memberikan haiwan-haiwan dalam pusat pemeliharaan mereka dengan makanan berupa ais.

haiwan dalam zoo ini diberi makan aiskrim berperisa darah, daging

Antaranya aiskrim berperisa ayam, daging cincang dan darah, yang mana menjadi kegemaran seekor singa berusia 14 tahun dan jaguar hitam bernama Poty.

haiwan dalam zoo ini diberi makan aiskrim berperisa darah, daging

haiwan dalam zoo ini diberi makan aiskrim berperisa darah, daging

Manakala bagi spesis primat seperti monyet dan orang utan, mereka turut diberikan aiskrim namun dengan perisa buah-buahan.

 

Aiskrim itu yang diberikan kepada haiwan dalam zoo sekurangnya dapat menyejukkan mereka dalam keadaan cuaca panas terik ketika ini. Selain itu, ia menjadi tarikan terbaharu kepada pengunjung di zoo ini yang dapat melihat haiwan kegemaran mereka menikmati hidangan aiskrim.

 

Sumber: Daily Star