Kongsi Foto Berlaga Pipi, Hailey Bieber dan Selena Gomez Tak Bermusuh

Selena Gomez dan model, Hailey Bieber membuktikan mereka berdua tidak sama sekali bermusuhan selepas mengambil foto bersama di sebuah acara di Academy Museum of Motion Pictures, baru-baru ini.

kongsi foto berlaga pipi, hailey bieber dan selena gomez tak bermusuh

Umum sedia maklum, Selena pernah menjadi kekasih kepada Bieber ketika zaman remaja, sebelum Bieber berkahwin bersama Hailey beberapa tahun lalu.

 

Beberapa minggu lalu, Hailey tampil menjelaskan dia tidak pernah merampas Bieber daripada Selena dan hubungan mereka juga baik.

 

Dalam foto terbabit, Hailey dan Selena dilihat tidak kekok bergambar serta melagakan pipi masing-masing. Malah mereka berdua turut rancak bersembang pada acara itu.

kongsi foto berlaga pipi, hailey bieber dan selena gomez tak bermusuh

Ia sekaligus menepis dakwaan yang mereka sedang bermusuh dan bergaduh gara-gara Justin Bieber.

kongsi foto berlaga pipi, hailey bieber dan selena gomez tak bermusuh

Hailey juga pernah mendedahkan dia cuma menjalinkan hubungan bersama Bieber pada awal 2018 selepas Bieber berpisah dengan Selena dan Bieber bukanlah berlaku curang,

 

Kisah hubungan Bieber dan Selena pernah mendapat perhatian dunia sekitar 2010 sebelum mereka berpisah secara baik pada 2018. Kemudian Bieber berkahwin dengan Hailey pada tahun yang sama.

 

Sumber: HMetro