Buat Masa Ini, Hadkan Dulu Aktiviti Tepi Sungai Pada Sebelah Petang!

Orang ramai dinasihatkan untuk menghadkan aktiviti di lokasi berisiko seperti tepi sungai pada sebelah petang berikutan ribut petir yang sering berlaku pada masa ini.

buat masa ini, hadkan dulu aktiviti tepi sungai pada sebelah petang!

Demikian saranan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah yang mengingatkan mereka yang ingin turun ke laut atau berkunjung ke pulau peranginan perlu peka dengan amaran angin kencang dan laut bergelora.

.

"Maklumat mengenai angin kencang dan laut bergelora adalah penting bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan di laut bagi mengelak kes pelancong terperangkap di pulau peranginan. Pastikan mendapat maklumat sahih daripada MetMalaysia,” katanya.

.

Katanya lagi, amaran ribut kencang dan laut bergelora boleh dikeluarkan lebih awal berbanding hujan lebat dan ribut petir yang hanya dapat dikesan imej radar selepas pembentukan awan dikesan. Malah, terdapat kekangan untuk mengeluarkan amaran ribut petir lebih awal kerana belum ada teknologi yang dapat mengesan dengan tepat di mana ribut petir akan berlaku.

.

Bagi kejadian tanah runtuh pula, amaran awal juga agak sukar dikeluarkan kerana beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku seperti faktor geologi dan hujan lebat.

.

Justeru, orang ramai sekali lagi diingatkan untuk sentiasa peka dengan amaran ribut petir yang dikeluarkan MetMalaysia dan perlu sentiasa ambil tahu keadaan persekitaran sebagai langkah berjaga-jaga.

.

Sumber: [1]