Had Umur Belia di Malaysia Diturunkan Kepada 30 Tahun Mulai Jan 2026

Bermula 1 Januari 2026 had umur bagi kumpulan belia di Malaysia diturunkan kepada 30 tahun, berbanding usia 40 tahun ketika ini.

had umur belia di malaysia diturunkan kepada 30 tahun mulai jan 2026

Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh selepas kerajaan menetapkan tarikh kuatkuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] pada 1 Jan 2026.

 

Ujarnya, pindaan itu antara lain melibatkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua atau pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun dan juga menghadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama 4 tahun sahaja.

 

Menurut beliau lagi, penurunan had umur belia adalah sejajar dengan Dasar Belia Malaysia dan takrifan umur belia di negara lain yang turut menetapkan umur belia adalah dibawah 30 tahun.

 

"Sebagai contoh Indonesia 16-30 tahun, Filipina 15-30 tahun, Thailand 15-24 tahun, Korea 9-24 tahun, Australia 12-24 tahun," katanya.

 

Sumber: Astro AWANI