Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 16 tahun kerana didapati bersalah menggodam sistem pengundian pertandingan ratu cantik sekolah, supaya dirinya menang gelaran itu pada tahun lalu.
Menurut laporan dari Daily Mail, Emily Rose Grover, 18, dituduh melakukan kesalahan itu bersama ibunya yang juga merupakan Penolong Pengetua di sebuah sekolah lain di daerah sama iaitu Bellview Elementary School dekat Florida.
Mereka dituduh menggodam dan melakukan penipuan komputer yang membolehkan Emily dan ibunya dikenakan penjara sehingga tahun 2037 jika disabitkan kesalahan.
Hasil siasatan menemui 117 undian yang dibuat terhadap Emily yang dihantar menggunakan protokol internet (IP) yang sama dalam tempoh singkat. Ia menjadi bukti yang mengaitkan gadis itu terhadap kesalahan berkenaan.
Susulan jenayah ini, Emily dibuang sekolah manakala ibunya digantung daripada pekerjaan.
Sumber: Daily Mail