Guru Di India Kena Ikat Pada Pokok Gara-Gara Pelajar Dapat Markah Rendah

Seorang guru matematik di India telah diikat dan dipukul beberapa pelajarnya selepas mereka mendapat markah rendah dalam peperiksaan.

guru di india kena ikat pada pokok gara-gara pelajar dapat markah rendah

Kejadian berlaku di sebuah sekolah dekat daerah Dumka, India pada Isnin lalu selepas video guru terbabit diikat pada sebatang pokok menjadi tular di media sosial.

 

Turut kelihatan dalam video berkenaan beberapa pelajar sedang memegang kayu, dipercayai digunakan untuk memukul guru mereka ini.

 

Insiden ini telah mendapat perhatian pihak polis yang menjalankan siasatan lanjut dan merumuskan ia berlaku kerana ketidakpuasan hati para pelajar yang mendapat markah corot dalam peperiksaan.

Menurut India Times, 11 daripada 32 pelajar dalam kelas itu memperoleh gred gagal, menyebabkan ramai pelajar menjadi marah. Kumpulan pelajar kemudian mengikat guru dan kerani sekolah pada sebatang pokok lalu bertindak memukul mangsa.

Pihak pentadbir sekolah bagaimanapun enggan membuat sebarang laporan dan ganti rugi keatas kejadian ini kerana pada mereka tindakan itu akan merugikan masa depan para pelajar. Laporan polis hanya diterima daripada mangsa dan tidak dapat dipastikan tindakan lanjut diambil.

 

Sumber: Oddity Central