Akibat Tak Pakai Anak Tudung, Guru Cukur Kepala 14 Pelajar Perempuan

Gara-gara tidak memakai tudung dengan sempurna termasuk tidak memakai anak tudung, seramai 14 pelajar perempuan telah dicukur kepalanya oleh seorang guru sekolah.

akibat tak pakai anak tudung, guru cukur kepala 14 pelajar perempuan

Kejadian berlaku di sebuah sekolah awam di Indonesia dekat wilayah Jawa Timur sehinggakan ia menjadi tular di media sosial.

 

Guru yang tidak didedahkan identitinya dilapor mencukur kepala 14 pelajar tersebut pada Rabu lepas.

 

Susulan kejadian, pengetua sekolah berkenaan telah membuat permohonan maaf dan turut menggantung tugas guru tersebut.

 

Ujar pengetua, tiada kewajipan rasmi untuk pelajar perempuan disekolah itu untuk mengenakan tudung, namun digalakkan untuk memakai anak tudung supaya kelihatan lebih kemas.

 

Bagaimanapun, pelajar terbabit dikatakan enggan menuruti saranan diberi menyebabkan anak rambut mereka jelas kelihatan.

 

Perkara itu menyebabkan guru berkenaan berang lalu bertindak mencukur kepala pelajarnya.

 

Susulan kejadian, pihak sekolah mengadakan perbindangan dengan ibu bapa serta waris pelajar terlibat, termasuk menyediakan bantuan psikologi bagi membantu mereka menangani trauma.

 

Kes berkenaan turut menerima kritikan kumpulan hak asasi manusia yang menuntut agar jawatan guru tersebut dilucutkan.

 

Sumber: Kosmo!