Satu gunung berapi di Wilayah Almaty dekat Kazakhstan, kini menjadi tumpuan ramai.
Mana tidaknya, gunung berapi yang juga dipanggil sebagai gunung berapi ais, mempunyai tinggi 14 meter, tidak pula mengalirkan lava panas sebaliknya air.
Keunikan gunung berapi ais itu bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan, sebaliknya pelancong dari luar dan pencinta fotografi selepas tularnya gambar dan video gunung itu di laman sosial.
Malah, ada yang sanggup memandu jauh semata-mata untuk bergambar dengan latar belakang gunung berapi ais itu.
Gunung berapi ais ini adalah hasil dari mata air bawah tanah yang menyemburkan air sepanjang tahun. Pada musim panas, ia menyebabkan tumbuh hijau mekar selama puluhan meter di sekitarnya.
Namun, pada waktu musim sejuk, air di situ membeku hingga membentuk struktur ais.
Sumber: Oddity Central