Guna Kotak TV Haram Adalah Kesalahan!

Tahu tak, guna kotak TV yang tayang siaran secara haram adalah satu kesalahan? 

Boleh kena penjara tau! 

Baru-baru ni, Polis Cheras dan Jabatan Keselamatan Astro bekerjasama mengadakan program kesedaran tentang isu ni yang tertakluk di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022. 

guna kotak tv haram adalah kesalahan!

Sepanjang kempen tu, rupa-rupanya masih ramai tak tau yang guna kotak TV haram ni merupakan satu kesalahan. 

Memang la harga kotak TV yang tak sah ni murah tapi ia bukan lesen untuk kita beli dan gunakannya sesuka hati. 

Ini dah kira cetak rompak tauuu. 

Kalau tertangkap, denda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali menanti! 

Kalau ada yang masih gunakan kotak TV haram, tolonglah hentikan segera dan gunalah saluran yang betul untuk enjoy rancangan TV yang ada. 

guna kotak tv haram adalah kesalahan!

Contohnya, Astro ada macam-macam pakej yang ditawarkan kepada pengguna. 

Bermula dari harga yang berpatutan hinggalah yang premium. Haa tengok lah drama ke movie ke sampai muntah. 

Kesian dekat syarikat penyiaran yang terpaksa tanggung rugi akibat wujudnya geng-geng cetak rompak ni. 

Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab, takkan la nak tengok TV pun guna saluran yang haram. 

Come on… 

 

Oleh Izzati Amir