Bilik Diserbu Jabatan Agama, Terpaksa Guna Gambar Kahwin 18 Tahun Lalu Sebab Tiada Kad Nikah

Pasangan yang sudah berkahwin biasanya akan diberikan sijil nikah sebagai bukti fizikal yang mereka sah sebagai pasangan suami isteri.

 

Namun sijil nikah ini tidak pula dibawa selalu oleh pasangan sudah berkahwin memandang saiznya yang agak besar, maka adalah lebih mudah untuk membawa kad nikah sebagai ganti, untuk mengelakkan daripada ditangkap basah.

bilik diserbu jabatan agama, terpaksa guna gambar kahwin 18 tahun lalu sebab tiada kad nikah

Seorang wanita telah menceritakan detik lucu apabila beliau dan suami nyaris ditangkap basah meskipun mereka sudah berkahwin lebih 18 tahun, gara-gara tidak membawa sijil nikah dan tidak mempunyai kad nikah.

 

Wanita itu berkata beliau dan suami telah menginap di sebuah hotel di Muar, Johor, atas tujuan hadir ke undangan majlis perkahwinan.

bilik diserbu jabatan agama, terpaksa guna gambar kahwin 18 tahun lalu sebab tiada kad nikah

Namun kira-kira jam 9 malam, loceng bilik mereka dibunyikan oleh sekumpulan individu yang pada sangkaannya mahu memaklumkan mengenai masalah parkir.

 

@thesamsfamily01 kene serbu dgn jabatan agama weiii hahahahha#jabatanagamaislam #muar #jdt #fyp ♬ Funny video "Carmen Prelude" Arranging weakness(836530) - yo suzuki(akisai)

 

Rupa-rupanya, bilik mereka telah diterjah petugas daripada Jabatan Agama yang mahu memeriksa status hubungan mereka.

 

Oleh kerana tiada kad nikah, wanita ini terpaksa menghubungi keluarga di rumah untuk menghantar gambar perkahwinan daripada album lama yang disimpan dalam laci rumah.

 

Serbuan yang disifatkannya sebagai satu pengalaman lucu itu telah diceritakan dalam sebuah video Tiktok, hingga meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan.

 

Sumber: Tiktok @The Sam’s Family