Guna Bomoh Elak Hujan Di MotoGP Indonesia 2022, Tapi Hujan Turun Selebatnya

Faktor cuaca yang tidak menentu merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh penganjur acara sukan di seluruh dunia. Samalah juga dengan penganjuran MotoGP 2022 yang kini sedang berlangsung di Indonesia.

guna bomoh elak hujan di motogp indonesia 2022, tapi hujan turun selebatnya

Bagi mengelakkan masalah itu dari berlaku, penganjur telah menggunakan khidmat pawang atau bomoh hujan bagi mengubah cuaca yang tidak diingini.

 

Upacara tradisional itu dipercayai sudah biasa diamalkan dalam pelbagai acara di Indonesia, dari peringkat komuniti kepada kelas antarabangsa, bomoh hujan sering digunakan untuk tujuan berkenaan.

guna bomoh elak hujan di motogp indonesia 2022, tapi hujan turun selebatnya

“Saya merupakan pawang hujan yang disyorkan oleh Erick Thohir (Menteri Badan Usaha Milik Negara) dan sering mengawasi acara Presiden Jokowi, bersama-sama pasukan penyelaras lapangan untuk mengubah suai cuaca dengan kuasa doa.

"Kita di Indonesia sudah biasa dengan iklim tropika, tetapi pelumba dari luar negara minta cuaca sejuk. Saya minta sokongan untuk semua berjalan dengan baik," kata bomoh hujan, Rara Istiani Wulandari, kepada Kompas.

Cuaca bagaimanapun dilaporkan turun dengan lebatnya, hingga menyebabkan acara berkenaan ditangguhkan sebelum disambung semula selepas keadaan cuaca mulai reda.

guna bomoh elak hujan di motogp indonesia 2022, tapi hujan turun selebatnya

guna bomoh elak hujan di motogp indonesia 2022, tapi hujan turun selebatnya

Sumber: [1], [2]