Pelakon Drama Boys Over Flower Ini Pakai Baju Murah Pun Tetap Cantik

Jika anda pernah menonton drama popular Boys Over Flower, pasti anda kenal akan pelakon wanita ini.

pelakon drama boys over flower ini pakai baju murah pun tetap cantik

Kini menjangkau usia 37 tahun, Goo Hye-sun tetap mencuri perhatian ramai setiap kali menghadiri mana-mana majlis dengan penampilan menarik.

 

Baru-baru ini, Hye-sun tampil anggun dengan dres berwarna hitam paras paha, dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna hitam serta sepasang anting-anting.

pelakon drama boys over flower ini pakai baju murah pun tetap cantik

Nampak ekslusif dan mewah, aktres ini bagaimanapun mendakwa pakaian yang dipakainya itu tidaklah mahal dan bukan daripada jenama popular atau mewah.

pelakon drama boys over flower ini pakai baju murah pun tetap cantik

“Memandangkan ramai yang bertanya tentang baju saya pakai ini. Jadi saya kongsikan kepada semua.

“Dres ini cuma berharga 38,000 won (RM125) tanpa ada jenama,” dedahnya.

pelakon drama boys over flower ini pakai baju murah pun tetap cantik

Hye-sun mengenakan dres itu pada hari pertama majlis Festival Filem Antabangsa Busan 2022 pada 5 Oktober lalu.

pelakon drama boys over flower ini pakai baju murah pun tetap cantik

Beliau hadir sebagai pengarah untuk filem The Peachtree yang merupakan arahan, terbitan dan skripnya sendiri.

 

Sumber: Kosmo!