Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah pun dijalankan di Malaysia ketika ini. Setakat 17 Mac, seramai 367,231 individu telahpun menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di seluruh negara.
Namun mungkin masih ada yang tertanya-tanya sama ada dirinya layak atau tidak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 ini. Misalnya, individu yang mempunyai penyakit diabetes, dara tinggi dan mereka yang kolestrol tinggi.
Menerusi infografik oleh Izzudin Hasbolah di Astro Awani, terdapat beberapa golongan yang tidak boleh menerima vaksin COVID-19 iaitu mereka yang ada sejarah Anaphylaxis, iaitu reaksi alahan yang boleh mengancam nyawa.
Manakala, golongan lain seperti mereka yang mempunyai imun lemah dan kandungan platlet amat rendah, perlu dinilai oleh doktor sebelum diberikan vaksin.
Rujuk infografik dibawah untuk maklumat lanjut:
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan terlebih dahulu sebagai kepastian, sebelum mendaftar atau menerima sebarang suntikan vaksin.
Sumber: Astro Awani