Arahan untuk duduk dirumah bukan sahaja diamalkan di Malaysia, malah ke peringkat dunia bagi membendung penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Bagaimanapun, ada segelintir orang yang mungkin sukar untuk mematuhi arahan ini disebabkan keperibadian mereka yang cenderung ke arah ekstrovert.
Kajian dijalankan bersama Universiti Cambridge, Columbia dan Harvard ke atas 101,000 orang di 55 negara bagi mengetahui sama ada mereka akan duduk di rumah ketika wabak COVID-19 melanda dunia sejak Mac lalu.
Hasil kajian mendapati, golongan ekstrovert merupakan golongan yang paling sukar untuk mengikut arahan duduk rumah.
Golongan ini cenderung untuk keluar rumah untuk berjumpa dengan orang lain. Mereka tidak suka terperangkap dirumah dalam satu tempoh masa lama. Justeru, mereka yang melanggar arahan untuk duduk di rumah dikaitkan dengan keperibadian diri mereka sendiri.
Bagi mengelakkan golongan seperti ini untuk keluar dan melanggar arahan, penyelidik mencadangkan agar pihak berkuasa merangka pesanan berhubung kesihatan awam yang lebih dalam kalangan masyarakat.
Kajian berkenaan telah diterbitkan dalam jurnal “How Personality and Policy Predict Pandemic Behavior: Understanding Sheltering-in-Place in 55 Countries at the Onset of COVID-19”.