E-Tunai RM100 Pada Semua Rakyat Dewasa Pendapatan Tahunan RM100,000 Ke Bawah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini dengan pendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

e-tunai rm100 pada semua rakyat dewasa pendapatan tahunan rm100,000 ke bawah

Ujar beliau, peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan dimanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun keatas, melibatkan golongan B40 dan M40.

 

Inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak programe-tunai kepada masyarakat.

 

"Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

"Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion," katanya.

 

Bagaimanapun mekanisma dan perincian mengenai inisiatif ini masih belum diumumkan.

 

Sumber: BH