EURO2020: Gol Sendiri Hummels Beri Kelebihan Buat Perancis

Jaringan kearah gawang gol sendiri memberikan kelebihan mata buat pasukan Perancis dalam pertemuan bersama Jerman di Euro 2020, awal pagi tadi.

euro2020: gol sendiri hummels beri kelebihan buat perancis

Hummels membuat penampilan semula sejak 2018, terjaringkan gol tunggal perlawanan ke gawang sendiri seawal minit ke-20 pertemuan Kumpulan F itu.

 

Jerman dilihat tidak dapat mengekang aksi serangan Perancis dan bernasib baik apabila kesilapan Antonio Rudiger gagal dimanfaatkan Paul Pogba.

euro2020: gol sendiri hummels beri kelebihan buat perancis

Malah dua gol oleh Kylian Mbappe dan Karim Benzema yang dibatalkan kerana ofsaid, turut menyelamatkan maruah pasukan kendalian Joachim Low, meskipun tewas 0-1 dalam pertemuan itu awal pagi tadi.

euro2020: gol sendiri hummels beri kelebihan buat perancis

Seterusnya Perancis akan berdepan dengan Hungary di Budapest, manakala Jerman akan berdepan juara bertahan, Portugal di Munich hujung minggu ini.

 

Bagi anda yang tidak mahu terlepas aksi terhebat UEFA Euro 2020, inilah cara untuk korang dengar perlawanan terhebat ini secara langsung di SYOK!

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!

Muat turun aplikasi SYOK secara percuma di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

 

Sumber: EURO 2020