Ramai Tak Sabar Nanti Kemunculan Semula Girls Generation

Kumpulan Girls’ Generation adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Korea Selatan.

ramai tak sabar nanti kemunculan semula girls generation

Terbaru, kumpulan terbabit disahkan akan membuat kemunculan semula selepas beberapa tahun berehat dan berita ini semestinya mendapat perhatian ramai khasnya para peminat.

 

Menurut laporan, semua anggota kumpulan Girls’ Generation semakin rancak membuat persediaan bagi mempromosikan album ketujuh mereka berjudul Forever 1.

 

 

Difahamkan versi digital akan dilancarkan pada 5 Ogos 2022 manakala versi fizikal pula secara rasminya akan dilancarkan pada 8 Ogos 2022 nanti.

ramai tak sabar nanti kemunculan semula girls generation

Menurut pengurusan mereka, SM Entertainment berkata, sebanyak 10 lagu bakal dimuatkan dalam album terbaharu itu nanti.

 

 

Kali terakhir kumpulan ini melancarkan album mereka adalah pada Ogos 2017, dengan album berjudul Holiday Night.

 

Girls Generation dianggotai oleh Teayon, Tiffany, Hyoyeon, Sooyoung, Sunny, Yuri, YoonA dan Seohyun.

 

Sumber: Bandwagon