Pasukan ahli arkeologi di Georgia menemukan gigi manusia purba yang dipercayai berusia 1.8 juta tahun.
Gigi tersebut ditemukan berdekatan perkampungan Orozmani, berhampiran Dmanisi, yang mana tengkorak manusia berusia 1.8 juta pertama kali ditemui sekitar akhir 1990-an dan awal 2000-an
“Implikasinya bukan sahaja untuk tapak penggalian ini tetapi ia sangat besar bagi Georgia dan kisah manusia meninggalkan Afrika 1.8 juta tahun lalu.
“Penemuan itu mengukuhkan lagi Georgia sebagai lokasi yang sangat penting untuk paleoantropologi dan kisah manusia secara umum,” kata ketua pasukan penyelidik, Giorgi Bidzinashvili.
Jelas pakar, penemuan terbabit telah membuktikan kawasan pergunungan di selatan Caucasus mungkin adalah antara tempat pertama manusia purba menetap selepas berhijrah keluar dari Afrika.
“Orozmani bersama dengan Dmanisi, mewakili pusat penemuan tertua manusia purba atau Homo sapiens di dunia di luar Afrika,” kata Pusat Penyelidikan Kebangsaan Arkeologi dan Prasejarah Georgia.
Sumber: Utusan