Top 5 Semua Kategori Gempak Most Wanted Awards Kini Diketahui! Siapa Yang Paling Gempak?

Gempak Most Wanted Award 2022 atau singkatannya GMWA 2022 adalah satu anugerah yang buat julung kalinya mengangkat pencipta kandungan digital popular yang menjadi pilihan ramai peminat.

top 5 semua kategori gempak most wanted awards kini diketahui! siapa influencer pilihan anda?

Kini, debaran kian terasa selepas Gempak mengumumkan Top 5 finalis bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan dalam GMWA 2022 pada majlis sidang media yang berlangsung semalam di Regal Space, Bandar Damansara Perdana, Selangor.

top 5 semua kategori gempak most wanted awards kini diketahui! siapa influencer pilihan anda?

Anugerah yang dibuat bagi mengiktiraf personaliti dan bakat digital terkemuka dalam industri hiburan tempatan ini adalah berdasarkan kepada pencalonan yang dibuat oleh peminat serta label atau syarikat naungan menerusi platform digital Facebook, Instagram, TikTok, Youtube dan Twitter.

 

Untuk makluman, pencalonan anugerah ini diambil kira untuk kandungan di antara 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022 sahaja. Fasa undian kedua (Top 5) telah pun dilakukan oleh pihak Juri Profesional pada 29 November lalu dan undian bagi pemenang utama bagi setiap kategori akan dibuka pada 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 di laman sesawang rasmi Gempak Most Wanted. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.gempakmostwantedawards.com.

 

Menampilkan artis-artis ternama serta kehadiran bakat personaliti baharu dalam pencalonan GMWA 2022, anugerah ini mengangkat prestasi dan reputasi mereka sebagai ‘digital content creator’ serta memberi peluang kepada personaliti media sosial yang sedang meningkat naik untuk mencipta nama sejajar dengan yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan digital.

 

Dolla, kumpulan pop popular Malaysia adalah antara yang tercalon dalam dua kategori iaitu ‘Video Muzik Tergempak 2022’ dan ‘Lagu Trending Tergempak 2022’ bersama-sama Janna Nick menerusi lagunya yang bertajuk Gatal dan juga pasangan duet yang popular menerusi lagi Casablanca, Naufal Azrin & Nuha Bahrin.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

Namie SMY, salah seorang peserta kumpulan UBI yang menjuarai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga turut tercalon dalam kategori ‘Digital Content Creator Tergempak 2022’ di samping Khairul Aming dan Ryan Bakery.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

Menggegarkan semua rakyat Malaysia dengan pendedahan wajah anaknya buat pertama kali di media sosial, video anak sulung kepada pelakon, pengacara dan usahawan ternama, Noor Neelofa iaitu Bilal turut menyaingi dalam acara anugerah ini dalam kategori ‘Video Trending Tergempak 2022’ bersama video Swipe Challenge oleh Meerqeen, video Abe Bomba, video Adik Curi Frame Awani serta Mark O’dea & Arieff Yong.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

GMWA 2022 juga akan mempersembahkan anugerah utamanya iaitu ‘Gempak Most Wanted 2022’ berdasarkan jumlah keseluruhan undian peminat daripada kesemua kategori.

 

Selain itu, acara berprestij GMWA 2022 juga akan dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada De Fam, Bunkface, Haqiem Rusli, The Gadys, Sara Sisters dan ramai lagi, meletakkan pentas kemuncak anugerah ini setanding kemegahan malam anugerah Grammy Awards yang pasti akan mengujakan semua penonton. Malam anugerah GMWA 2022 akan dikemudikan oleh hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted iaitu Amelia Henderson dan Sean Lee serta akan ditemani dua lagi hos popular sebagai kejutan.

top 5 semua kategori gempak most wanted awards kini diketahui! siapa influencer pilihan anda?

Manakala, pembukaan malam anugerah tersebut akan dimulakan dengan acara Karpet Magenta yang akan dihoskan oleh Isha Norsham dan Daniel Cheang di mana akan turut menjadi hos kepada Gempak Most Wanted Award 2022 Live+ menerusi platform digital Astro Gempak.

 

Gempak Most Wanted Awards 2022 ini juga dikuasakan oleh Astro Fibre. Dengan proposisi ‘Ini Bukan Sembang Kencang, Ini barulah Wifi Kencang!’, Astro Fibre memberikan rangkaian internet yang pantas dengan serendah RM99 sebulan. Untuk melanggani Astro Fibre, layari astrofibre.com.my.

 

Menampilkan konsep vibrant, trendy & bold, acara berprestij GMWA 2022 bakal menemui para penonton pada 26 Februari 2023 secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di platform Astro Ria (104) dan platform penstriman Youtube dan Facebook Astro Gempak. Yang penting, trending!