Gempa Turkiye-Syria: Angka Korban Lebih 7,800, Penduduk Sangka Dah Kiamat

Angka korban terbaharu akibat kejadian gempa bumi pada Isnin di tenggara Turkiye dan sempadan Syria sudah melepas 7,800 orang.

gempa turkiye-syria: angka korban lebih 7,800, penduduk sangka dah kiamat

Menurut laporan, seramai 5,894 orang disahkan maut di Turkiye manakala 1,932 individu terbunuh di Syria, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 7,826 kematian.

 

Usaha menyelamat terpaksa dihentikan seketika apabila berlaku gempa kedua pada 1.24 tengah hari (waktu tempatan), berukuran 7.5 magnitud. Malah, keadaan sejuk dan bersalji menyukarkan lagi operasi menyelamat.

gempa turkiye-syria: angka korban lebih 7,800, penduduk sangka dah kiamat

Ramai penduduk yang terselamat seakan tidak percaya dengan bencana yang telah berlaku.

 

“Kami fikir ini adalah kiamat,” kata Melisa Salman yang merupakan, seorang wartawan berusia 23 tahun di bandar Kahramanmaras, tenggara Turki.

 

Sementara usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan jumlah korban boleh mencecah 20,000 orang.

gempa turkiye-syria: angka korban lebih 7,800, penduduk sangka dah kiamat

Setakat ini, kira-kira 380,000 orang sedang berlinding di pusat perlindungan atau hotel kerajaan, termasuklah juga di pusat beli-belah, stadium, masjid dan pusat komuniti.

 

Presiden Turkiye dalam pada lain mengisytiharkan darurat selama tiga bulan bagi 10 wilayahnya yang terjejas akibat gempa bumi ini.

 

Sumber: Utusan / Kosmo! / The Guardian