Beberapa Negeri Di Malaysia Terasa Gegar Susulan Gempa Bumi Indonesia Malam Tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan terdapat satu kejadian gempa bumi kuat berlaku malam tadi di Utara Sumatera, Indonesia sekitar jam 10.59 malam.

beberapa negeri di malaysia terasa gegar susulan gempa bumi indonesia malam tadi

Gempa bumi dengan kedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

 

Susulan daripada kejadian itu, beberapa negeri di Malaysia turut merasai gegaran seperti di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

 

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami terjadi kepada Malaysia susulan dari gempa yang berlaku ini.

 

Menjengah ke laman Twitter, beberapa pengguna turut melaporkan gegaran yang dirasai, selain amaran awal gempa yang diterima menerusi telefon pintar. Malah beberapa penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras, KL keluar dari kediaman mereka susulan gegaran yang dirasai akibat gempa bumi ini.

beberapa negeri di malaysia terasa gegar susulan gempa bumi indonesia malam tadi

 

beberapa negeri di malaysia terasa gegar susulan gempa bumi indonesia malam tadi

Sumber: METMalaysia