Gegar Vaganza Bakal Kembali Musim ke-10, Siri Jejalah Ke Empat Negeri Hadiah Buat Peminat

Rancangan realiti tersohor negara, Gegar Vaganza bakal kembali dengan musim kesepuluh.

gegar vaganza bakal kembali musim ke-10, siri jejalah ke empat negeri hadiah buat peminat

Ternyata kekuatan pada rancangan realiti ini memang tidak dinafikan dengan pemintaan yang tinggi daripada peminat-peminat di serata negara.

 

Dengan kembalinya rancangan yang melahirkan semula kerjaya-kerjaya penyanyi-penyanyi terdahulu seperti Aliff Aziz (GV8), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Hady Mirza serta Naqiu (GV6) dan ramai lagi, rancangan realiti ini membuktikan kepentingannya dalam memangkin semula kerjaya-kerjaya penggiat-penggiat seni tanah air dan serantau.

.

Bersempena dengan 10 tahun Gegar Vaganza dan sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia, Astro ingin menghadiahkan buah tangan khas buat para penonton iaitu GV Roadshow 2023 yang bakal menjelajah ke empat lokasi di empat negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di salah sebuah negeri di utara Malaysia, khas buat peminat Gegar Vaganza yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang 9 tahun bersiaran.

gegar vaganza bakal kembali musim ke-10, siri jejalah ke empat negeri hadiah buat peminat

GV Roadshow 2023 akan ke lokasi-lokasi tersebut bermula 10 Ogos untuk membolehkan peminat-peminat menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka beraksi secara langsung serta berpeluang bertemu dengan mereka.

.

GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek KotaSAS, Kuantan, Pahang pada 12/08/2023; Puteri Harbour, Johor Bahru pada 26/08/2023, Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan nanti. Bintang-bintang Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak. 

.

Selain itu, Jamming with the Stars, Showcase istimewa barisan bintang Gegar Vaganva dari musim pertama – sembilan akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 7 September pada pukul 9 malam sehingga 10 malam yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Sesi ini juga boleh distrim secara langsung di platform digital Gempak. Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi. 

gegar vaganza bakal kembali musim ke-10, siri jejalah ke empat negeri hadiah buat peminat