‘‘Dia Memang Kaya!’’ G-Dragon Beli Penthouse RM57.7 Juta Secara Cash

Penyanyi terkenal, G-Dragon dilaporkan baru sahaja membeli sebuah rumah kediaman mewah jenis penthouse bernilai 16.4 bilion won atau bersamaan RM57.7 juta.

‘‘dia memang kaya!’’ g-dragon beli penthouse rm57.7 juta secara cash

Menurut laporan, penyanyi yang terkenal dengan jolokan ikon fesyen K-pop itu membeli rumah Nine One Hannam yang terletak di Yongsan-gu, Seoul, secara tunai dan menjadi kediaman paling mahal di Korea Selatan bagi tahun 2022.

.

Kediaman berkenaan juga dilaporkan mempunyai keluasan 2,624 kaki persegi dengan peningkatan harga sebanyak 49 peratus pada tahun 2022 berbanding tahun lepas.

‘‘dia memang kaya!’’ g-dragon beli penthouse rm57.7 juta secara cash

Menerusi komen salah seorang peminat G-Dragon, penyanyi itu sememangnya kaya dan tiada masalah baginya untuk membeli kediaman mewah itu secara tunai.

 

Sumber: [1]