Game Tetris Akhirnya Berjaya Ditewaskan Lepas Hampir 40 Tahun Dicipta [Video]

Pernahkah anda bermain permainan klasik, Tetris?

game tetris akhirnya berjaya ditewaskan lepas hampir 40 tahun dicipta [video]

Permainan Tetris pertama kali disiapkan pada 6 Jun 1984 oleh jurutera perisian Rusia Soviet, Alexey Pajitnov. Sejak dari itu, masih belum ada sesiapa yang berjaya menghabiskan permainan ini hingga kepada tahap terakhir kerana ia akan bergerak semakin cepat dan sukar dikawal oleh pemain manusia.

game tetris akhirnya berjaya ditewaskan lepas hampir 40 tahun dicipta [video]

Namun, seorang remaja berusia 13 tahun dari Oklahoma, Willis Gibson telah menjadi yang pertama berjaya menghabiskan permainan Tetris, pada tahap terakhir, 157.

 

Pada tahap ini, permainan Tetris akan terhenti kerana ia tidak diprogramkan semasa ia dibangunkan.

Remaja tersebut merupakan seorang gamer profesional dan mula bermain Tetris sejak beberapa tahun lalu selepas dihadiahkan konsol retro oleh ibu beliau.

 

Sumber: Astro AWANI