Handal Main Polis Sentry? Ini Pertandingan Profesional Untuk Anda

Pernahkah anda bermain permainan police-sentry sewaktu kecil dahulu?

 

Permainan yang memerlukan aksi kejar mengejar ini sering dimainkan kanak-kanak zaman dahulu semasa waktu lapang.

 

Jika anda handal bermain permainan tersebut, kini ada satu pertandingan antarabangsa yang mempunyai konsep serupa, dikenali sebagai World Chase Tag.

handal main polis sentry? ini pertandingan profesional untuk anda

Ia adalah kejohanan antarabangsa yang dicipta 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2011 oleh Christian dan Danien Davaux.

handal main polis sentry? ini pertandingan profesional untuk anda

handal main polis sentry? ini pertandingan profesional untuk anda

Sama sahaja konsepnya seperti Police-Sentry, seorang perlu mengejar dan dikejar dalam tempoh masa ditetapkan, didalam gelanggang khas yang telah disediakan. Gelanggang itu mempunyai halangan tertentu, dimana individu yang dikejar perlu mengelak daripada disentuh sepanjang masa sedang berjalan iaitu 20 saat. Mereka yang bertahan atau berjaya menyentuh pelari dikira menang.

handal main polis sentry? ini pertandingan profesional untuk anda

Cuma bezanya, kejohanan ini memerlukan dua kumpulan pada satu-satu masa atau empat orang dan ia menawarkan hadiah yang cukup lumayan.

 

Sejak 10 tahun ia dipertandingkan, peserta tak kira lelaki atau wanita, rata-ratanya datang dari beberapa negara seluruh dunia seperti Jepun, Sepanyol, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Bila agaknya wakil dari Malaysia nak join ya?

 

Sumber: Youtube World Chase Tag