Ini Rupa Sebenar Permukaan Matahari! Subhanallah

ini rupa sebenar permukaan matahari! subhanallah

Matahari merupakan sumber terpenting dalam hidup manusia dan alam sekitar. Korang boleh bayang tak apa akan berlaku sekiranya kehidupan kita semua tanpa cahaya matahari?

Baru-baru ini, para pengkaji berjaya merakam gambar permukaan matahari dengan agak jelas. Kemajuan teknologi dengan penghasilan Daniel K Inouye Solar Telescope (DKIST) telah berjaya merakam gambar permukaan bintang itu.

Dikatakan teleskop berkuasa tinggi itu terletak di Haleakala Observatory, Maui Hawaii. Gambar tersebut jelas menunjukkan plasma-plasma yang berupa struktur sel matahari.

Berdasarkan pengarah National Science For Research In Astronomy, France Cordova, gambar ini sangat penting kerana membantu astronomi bagi membuat kajian tentang perubahan yang berlaku pada cuaca di angkasa lepas.

 

Sumber: Remaja