Penuh Emosi, Gambar Ini Berjaya Raih Foto Terbaik Tahun 2021

Seorang jurugambar Turki, Mehmet Aslan telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Foto Terbaik Tahun 2021 di Anugerah Gambar Antarabangsa Siena (SIPA).

penuh emosi, gambar ini berjaya raih foto terbaik tahun 2021

Foto yang diberi tajuk The Hardship of Life memaparkan susuk seorang bapa yang kudung sebelah kaki mendukung anak lelakinya yang kudung tangan serta kaki, telah menyayat hati dan membuatkan ramai penonton sebak.

 

Foto itu dilaporkan diambil di kawasan Reyhanli di wilayah Hatay Turki dekat sempadan Syria.

 

Anak lelaki berusia 5 tahun itu menjadi kurang upaya disebabkan daripada gangguan kongenital yang berpunca dari ubat-ubatan yang terpaksa diambil oleh ibunya.

 

"Kegembiraan seorang bapa dan anak lelaki, walaupun lelaki itu berdiri dengan sebelah kaki amat menyentuh hati.

"Hati saya, yang disimpan sebentar oleh saat cinta yang menggembirakan ini, dibayangi oleh kehidupan panjang dan sukar dihadapi mereka di hadapan," katanya.

penuh emosi, gambar ini berjaya raih foto terbaik tahun 2021

Pertandingan SIPA merupakan satu acara yang terbuka kepada semua jurugambar dari seluruh dunia. Ia terbahagi kepada 12 kategori iaitu Fotografi Jalanan, Perjalanan & Pengembaraan, Wajah dan Watak Menarik, Keindahan Alam Semula Jadi, Haiwan di Persekitaran Mereka, Seni Bina dan Ruang Bandar, Sukan di Tindakan, Dokumentari dan Foto Kewartawanan, COVID-19, Bawah 20,Papan Cerita dan Video: Umum.

 

Sumber: [1] , [2]