Raih RM247 Juta Setahun, Gaji Personaliti TikTok Popular Ini Mengalahkan CEO Syarikat Besar Dunia!

Bintang TikTok dengan pengikut terbanyak seperti adik-beradik D’Amelio dan Addison Rae dilaporkan mempunyai pendapatan pendapatan yang lebih banyak berbanding beberapa ketua pegawai eksekutif yang mengendalikan syarikat ternama dari serata dunia.

raih rm247 juta setahun, gaji personaliti tiktok popular ini mengalahkan ceo syarikat besar dunia!

Terdahulu, Forbes meletakkan adik-beradik Charli dan Dixie D’Amelio sebagai pencipta kandungan berpendapatan tinggi di TikTok, selepas mereka memperoleh AS$17.5 juta dan AS$10 juta masing-masing, pada 2021, menerusi kandungan tajaan, tawaran bergelar duta jenama, dan usaha perniagaan lain.

Seperti mana yang dinyatakan Wall Street Journal, adik-beradik tersebut adalah setanding dengan kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif S&P 500, yang median pendapatannya adalah AS$13.4 juta pada 2020.

Sebagai TikToker dengan bayaran tertinggi, Charli D’Amelio dilaporkan memperoleh lebih banyak pada 2021 berbanding Ketua Pegawai Eksekutif Exxon Mobil, Darren Woods (AS$15.6 juta) dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Kevin Johnson (AS$14.7 juta) yang diperoleh pada 2020, menurut Journal.

Sementara itu, kakaknya Dixie mendahului Ketua Pegawai Eksekutif Southwest Airlines, Gary Kelly (AS$9.2 juta), manakala rakan influencer mereka, Addison Rae pula memperoleh AS$8.5 juta tahun lalu, lebih daripada Ketua Pegawai Eksekutif Costco Craig Jelinek (AS$8.3 juta).

 

Sumber: dot. LA