Gaji bulanan asas pekerja pembersihan am di Singapura sedia dinaikkan kepada S$3,260 (RM10,160) menjelang tahun 2028.
Menerusi model gaji progresif bagi sektor berkenaan, unjuran gaji tersebut adalah bagi warga Singapura atau pemastautin tetap di republik berkenaan.
Perkara itu diumumkan selepas pemerintah menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan.
Ia merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan dan pembangunan kemahiran kerjaya.
Dibawah unjuran tersebut, gaji asas kumpulan ini sedia dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Seterusnya, jumlah itu akan dinaikkan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160). Ia melibatkan kenaikan sebanyak 48 peratus dalam tempoh 6 tahun.
Manfaat kenaikkan gaji itu akan dinikmati sekitar 3,000 warga Singapura dan pekerja pemastautin tetap dalam sektor berkenaan.
Malah, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028.
Tambah lagi, mulai Januari 2024, pekerja juga harus menerima sekurang-kurangnya satu bonus tahunan sebulan gaji jika merea sudah berkhidmat sekurangna setahun dengan majikan masing-masing. Bonus itu juga tidak terikat dengan prestasi kerja masing-masing.
"Ini membolehkan pihak majikan menarik minat dan mengekalkan pekerja pembersihan masing-masing, dan menghargai usaha mereka dengan menawarkan latihan bagi meningkatkan produktiviti," ujar Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA).
Sumber: [1]