Gaji Margot Robbie Bawa Watak Sebagai Barbie Didedahkan, Antara Tertinggi Di Hollywood!

Pelakon Hollywood, Margot Robbie baru-baru ini mencuri tumpuan ramai menerusi watak yang dibawa olehnya dalam filem Barbie.

gaji margot robbie bawa watak sebagai barbie didedahkan, antara tertinggi di hollywood!

Beliau digandingkan bersama Ryan Gosling yang membawa watak sebagai Ken, disamping beberapa lagi pelakon ternama seperti America Ferrera, Will Ferrell, dan Emma Mackey.

gaji margot robbie bawa watak sebagai barbie didedahkan, antara tertinggi di hollywood!

Membawa watak sebagai Barbie bukanlah suatu yang mudah. Margot dikatakan berhadapan dengan pelbagai adegan mencabar.

 

Bagaimanapun semua itu membuahkan hasil apabila filem Barbie telah mencapai kejayaan yang luar biasa di pawagam, dengan mencatat kutipan AS$70 juta pada hari pertama tayangan domestik di Amerika Syarikat.

gaji margot robbie bawa watak sebagai barbie didedahkan, antara tertinggi di hollywood!

Menariknya, Margot telah menjadi pelakon wanita yang mendapat bayaran tertinggi di Hollywood, dengan Variety melaporkan bahawa beliau dibayar sebanyak AS$12.5 juta atas lakonannya itu. Jumlah ini melebihi pendapatan Millie Bobby Brown, yang mendapat $10 juta untuk peranannya dalam Enola Holmes 2. Perlu dinyatakan juga, Ryan Gosling turut menerima gaji yang sama dengan Margot untuk wataknya sebagai Ken.

gaji margot robbie bawa watak sebagai barbie didedahkan, antara tertinggi di hollywood!

Hasil daripada peranannya yang terbaru dan usaha-usaha lain, kekayaan bersih Margot telah mencapai AS $40 juta, demikian menurut Celebrity Net Worth.

 

Selain berlakon, Margot turut dikaitkan dengan beberapa jenama-jenama terkemuka, seperti Chanel pada tahun 2018 dan turut mengambil bahagian dalam pelbagai kempen untuk Nissan serta Calvin Klein.

 

Sumber: Daily Star / Variety