Gadis Bertudung Buat Tarian Singa Raih Pujian Ramai Warganet, “Terharu Tengok..”

Menjelang Tahun Baru Cina, banyak hiasan dan persembahan yang berkaitan dengan perayaan ini dapat kita lihat sedang giat diadakan.

 

Antaranya adalah tarian singa yang menjadi sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina. Ia biasanya dimainkan oleh dua orang penari dan memerlukan skil serta kemahiran tertentu sebelum berjaya melakukan persembahan dengan baik.

 

Baru-baru ini, seorang gadis remaja Melayu telah mencuri perhatian ramai warganet apabila beliau berjaya membuat tarian singa bersama rakannya dengan cukup sempurna.

gadis bertudung buat tarian singa raih pujian ramai warganet, “terharu tengok..”

Menerusi perkongsian pengguna Tiktok @ahpeng2830, gadis bertudung tu memainkan peranan pada bahagian hadapan yang menggerakkan kepala singa, manaka rakannya pada bahagian belakang serta badan.

gadis bertudung buat tarian singa raih pujian ramai warganet, “terharu tengok..”

gadis bertudung buat tarian singa raih pujian ramai warganet, “terharu tengok..”

Pasangan remaja ini membuat pergerakan ‘lion dance’ yang cukup sempurna, dengan bergerak seakan-akan singa atas pentas yang disediakan sambil diiringi gong, dram dan bunyi dentuman mercun.

 

@ahpeng2830

this 1 malaysia

♬ original sound - Ah Peng

 

Perkongsian video itu memperoleh lebih 2.7 juta tontonan di Tiktok, dengan ratusan komen serta pujian daripada warganet.

gadis bertudung buat tarian singa raih pujian ramai warganet, “terharu tengok..”

Sumber: Tiktok @ahpeng2830