Facebook merupakan aplikasi media sosial yang mempunyai jutaan pengguna diserata dunia. Ia mempunyai pelbagai fungsi seperti perkongsian foto, video dan kenalan.
Bagi menghubungkan kita dengan seseorang, kita perlu sama ada menerima atau membuat ‘Friend Request’ dari/kepada seseorang. Mungkin juga anda mengenali seseorang itu lalu terus menerima permintaannya, atau mungkin juga sebaliknya.
Mungkin agak mudah untuk kita melihat ‘Friend Request’ yang dibuat orang lain kepada kita, namun bagaimana pula dengan ‘Friend Request’ yang kita lakukan? Ini cara untuk anda semak senarai ‘Friend Request’ yang anda pernah buat:
Gunakan aplikasi Facebook pada telefon pintar anda.
Tekan pada Menu, iaitu tiga garisan mendatar pada atas sebelah kanan di aplikasi Facebook anda
Klik pada bahagian Friends dan tekan ‘See All’
Kemudian, klik tiga dot pada sebelah atas kanan, dan tekan ‘View sent requests’.
Disini anda dapat melihat semua ‘Friend Request’ yang anda buat dan masih belum di terima.
Cara kedua adalah dengan menggunakan laptop, PC atau Mac. Klik sahaja pada pautan ini dan tekan ‘View sent requests’ untuk melihat mereka-mereka yang masih mengabaikan permintaan Friend Request anda di Facebook: https://www.facebook.com/friends/requests
Sumber: [1]