Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal menewaskan pasangan beregu dari China di final beregu lelaki Terbuka India hari ini.
Pasangan regu lelaki negara itu berjaya mara ke final Terbuka India selepas menewaskan pasangan beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Adrianto pada separuh akhir, semalam.
Dalam perlawanan akhir hari ini, perlawanan Aaron-Wooi Yik diheret ke pusingan rubber game selepas pasangan lelaki bukan pilihan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang berjaya mengikat mata pada set kedua 21-19, meskipun pasangan negara berjaya menang set pertama 14-21. Bagaimanapun, pasangan regu lelaki negara tewas pada pusingan rubber game dengan mata 21-18.
Sejak digandingkan pada 2018, beregu juara dunia itu masih belum pernah menjuarai sebarang kejohanan dalam siri berkenaan, dengan yang terbaik muncul naib juara Kejohanan Seluruh England pada 2019 dan Terbuka Thailand pada 2020.
Apa pun tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana berjaya sampai ke peringkat ini!