Lepas 36 Tahun, Argentina Julang Kembali Piala Dunia 2022

Aksi pertemuan final Piala Dunia 2022 kini sudah berakhir.

lepas 36 tahun, argentina julang piala dunia 2022

Dalam masa 90 minit perlawanan, kedua-dua pasukan terikat seri 2-2, sebelum masa disambung menerusi masa tambahan. Bagaimanapun babak kedua masa tambahan, Argentina dan Perancis masing-masing menambah satu gol, sehingga mengheret perlawanan kepada penentuan sepakan penalti. 

 

Gol-gol final Piala Dunia 2022 dijaringkan oleh Lionel Messi menerusi sepakan penalti pada minit ke-23 dan Angel Di Maria pada minit ke-36. Gol Perancis pula dijaringkan oleh Kylian Mbappé menerusi sepakan penati pada minit ke-80 dan jaringan cantik oleh pemain sama pada minit ke-81. Messi menambah jaringan untuk Argentina pada minit ke-108, dan sekali lagi Mbappe melakukan hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-118. 

lepas 36 tahun, argentina julang piala dunia 2022

Bagaimanapun Perancis gagal menyempurnakan penentuan penalti, sekaligus memberi kelebihan untuk Argentina menjulang trofi Piala Dunia 2022. Untuk rekod, ini adalah kali ketiga pasukan Argentina menjulang trofi Piala Dunia, kali terakhir pada tahun 1978 dan 1986.

 

Dalam satu laporan, Qatar mungkin menjadi pentas terakhir untuk Messi yang kini berusia 35 tahun. Bermaksud, ini adalah juga kali pertama Messi menjulang Piala Dunia bersama pasukan negaranya, Argentina.

 

Edisi Piala Dunia seterusnya dijadualkan pada 2026, yang mana tiga negara akan menjadi tuan rumah iaitu Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

 

Tahniah buat pasukan Argentina!

 

Piala Dunia Qatar 2022

Juara: Argentina

Naib Juara: Perancis

Tempat ke-3: Croatia